Wednesday 20 April 2011

PeLaNgI




Wahai sang pelangi...walaupun kau tiba pabila sang mentari diwarnai titisan hujan..tapi kau amat terindah buatku untuk menatapmu...warna2mu sering mewarnai hidupku...aku kagum dengan kekuasaan Illahi....walaupun kau akan lenyap namun hanyaseketika kau akan kembali lagi mewarnai hidupku...wahai sang pelangi..warnamu sentiasa bermain dimataku...aku adalah diantara tangisan yang berada di bumi yang sentiasa mengharapkan kehadiranmu....hanya kekuasaan Allah yang dapat mengatasi segala2nya....terima kasih sang pelangi...


wahai sang pelangi...kejadianmu adalah ciptaan Illahi...kehadiranmu mewarnai bumi...aku kagum denganmu..walaupun kau tak pernah membanggakan diri...tapi aku bersykur dengan kehadiranmu...kau telah menyembuhkan luka dihatiku...

HaTi.....

Duhai Hati..
Keraslah Engkau Dengan Kemahuan Diri,
Tetaplah Engkau Dgn Pendirian Yg Suci,
Sombonglah Pada Nfsu Sndiri,
Agar Aku Bangga Berdiri..

Duhai Hati..
Tangkislah Segala Godaan Duniawi,
Hindarlah Dari Api Yg Menanti,
Agar Aku Peroleh Syurgawi..

Duhai Hati..
Elaklah Perkara Yng Di Mungkari,
Berkatalah Pada Perkara Yg Di Redhai,
Agar Aku Peroleh Kasih Ilahi..

Duhai Hati..
Dambakanlah Kasih Pada Ilahi..
Elakkanlh Kasih Pada Insani,
Agar Aku Tidak Menyendiri,
Agar Aku Tidak Meratapi,
Kebodohan Dan Keangkuhan Diri,
Dalam Dunia Akhir Yg Penuh Sepi,
Terselamat Dari Pnyesalan Yang Tidak Bertepi..

Duhai Hatiiii..
Jangan Di Harap Kasih Lelaki,
Yang Tidak Selayaknya Engkau Kasihi,
Agar Dirimu Sntiasa Di Berkati,                             
Menjadi Hamba Yang Taat Berbakti..

Duhai Hati..
Bantulah Aku Utk Terus Begini,
Menjadi Hamba Yg Tidak Mengerti,
Keseronokan Dunia Yg Hanya Ilusi..

Duhai Hati..
Dengarlah Kata Dan Pesan Ku Ini..
Bantulah Aku Utk Mengecapi,
Kemanisan Iman Yg Tinggi,
Utk Bersama Para Solihin,
Di Kehidupan Yang Kekal Abadi..

Duhai Hati..
Bersamalah Kita Saling Melengkapi,
Agar Menjadi Hamba-Nya Yang Sejati,
Menuju Akhirat Yang Sedia Menanti..
Duhai Hatiii...

Thursday 14 April 2011

Lalat Dan Lebah

Belajar Daripada Ombak

Pokok Jati

Jadilah Padi.. Semikin Berisi Semakin Tunduk.

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut



Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

Lihat.

Ya Allah Ampumkan Kami..

Tangisan bayi di kawasan kubur-myMetro

MASIH HIDUP... bayi perempuan yang ditemui di tanah perkuburan Islam.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam.
...
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.


Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.

Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.


“Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.

“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.


Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Nafas


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Kehidupan kita


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama, semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Petua Mencuci Hati



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya........ (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Menjaga


Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: "Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”
(Muslim)

Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.” (Al- Baihaqi).

Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu”.

Kelebihan Diam


Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI)

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah M...aha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman 31:16)

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman 31:17)

Keistimewaan Orang Yang Menyebarkan Ilmu.




Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi – sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut – sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai”. (Abu Umamah r.a)

Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam. Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya.

Selamat MENJADI dan MENCARI... ^___^ ♥


♥ Jika mahu menDAPATkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi berusahalah menJADI yg SOLEHAH.

♥ Jika INGINkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH, tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.

♥ Bertemu yg solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yg soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.

♥ Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI terlebih dahulu... diikuti dengan MENCARI...

Selamat MENJADI dan MENCARI... ^___^ ♥

Doa Mohon Keampunan


Doa Memohon Keringanan Dan kemuliaan.



Hati


Kawan



Buat Semua Sahabat Tersayang.



Ksih Ibu dan Ayah


"Kasih Mu Ibu Tidak Terbalas Oleh Ku Sayangnya Ayah Abadi Selamanya."

Jom Silat Mata



Cantiknya!!!



Sedapnya tidur!!!



Pokok Semalu.

Copy n Paste..

Ini Adalah Islam..

IsLaM bAgAi AiR yAnG jErnIh
Di bUmI YaNg pEnUh bErDEbU
MeNyiNaRi sAnUbARi iNsAn
TuK sEtiAP uMaT MaNuSiA
SePaNjAnG mAsA

IsLaM kAN JaYa
SeLaMaNyA
WaLau Di TaNtAnG mAsA
NaMuN tAk sEmUa
PuNYa dAyA mEnEnTaNg mUrKa

SuAtU hAri NaNti
IsLaM kAn BeRCahayA
MeNyiNaRi DuNiA
MaKhLuK dAn SeiSinYa

Di siTu kAn tErLiHat
KeBeNaRaN TeRuNgkaP
QuRaN jaDi pEdOmAn
sUnnAh jaDi AcUan

BuKaN KhaYaLaN
YaNg ALLaH jAnJikAN
NAmUn KeBeNaRan yAnG nYata

Kenapa Kita Perlu Minum Teh????

Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.


14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ayat yg sangat mudah dan senang - cuma kita tak sedar yg kalimat2 ini terlalu suci dan agung disisi allah. ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu..

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullahilazim" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika hendak/akan berbuat sesuatu.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah hilazim" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

cukup ringas dan mudah, tetapi payah nak dilafazkan jikalau tidak biasa... asyik terlupa je maka dengan itu ringan-ringankan lah mulut utk melafaz kalimat yg mudah ini.

Kata-kata buat wanita solehah


Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Dsebalik Hijabmu..
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..
Wahai Gadis Solehah.. Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..
Wahai Gadis Solehah.. Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga..
Akhlakmu Kau Pelihara.. Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..



Persaudaraan Itu Terkadang Tak Memandang Pangkat, Jabatan, Ataupun Harta Yang Kita Memiliki, Namun Persaudaraan Sesungguhnya Adalah Karena Persamaan Hati Yang Di Landasi Oleh Aqidah Yang Sama... Bersaudaralah Wahai Orang2 Beriman Dalam Jalinan Aqidah Islam....
Rezeki tidak akan berkurang lantaran bersikap santai....
Rezeki tidak akan bertambah karena mencari dengan berpayah payah...
Tak ada kesusahan ataupun kesenangan yang abadi....
begitupun tak ada kemiskinan dan kekayaan yang lestari....

Selama anda berhati lapang....
maka anda bagaikan raja di dunia....
Siapa yang hendak Alloh beri anugerah...
Tak akan mampu siapapun untuk mencegah...

Wednesday 13 April 2011

Kebaikan Air!!!

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik – 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit
artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
sumber:
http://www.kpwkm.gov.my/

Sunday 10 April 2011

Pesanan Buat Diriku!!!


Pabila Kita Tayang Gambar Di Fb
Dengan Posing Yang Mengalahkan Super Model ^^
Al Maklumlah Muslimah-Muslimah Kita Ni Memang Kreatif Hee~ *_*
Seorang Ajnabi Komen 'Cantiknya~ '
Apa Yang Dirasa Ya?
Bangga? Riak?'
Wah Tak Sangka Ada Orang Puji Aku Cantik'
'Cuba Aku Tunjuk Gambar Yg Ni Pulak,
Ade Orang Nk Comment Tak?'
Seorang Ajnabi Komen "Yang Ni Lagi Cantik, Curve Badan Ko Memang Macam Model Lah!"

Tetapi
Pernah Kita Fikir
Apa Agaknya...

KOMEN ALLAH UNTUK KITA?
CATITAN MALAIKAT UNTUK KITA?

Baik Atau Buruk Perbuatan Kita?
Pernah Terfikir Tak?

Senyuman Kita Tu Boleh Meruntun Dan Menyeksa Jiwa Lelaki!
Kasihanilah Mereka~
Tertarik Dengan Sesuatu Yang Tidak Boleh Mereka Miliki T.T

Ibarat Wanita Yang Melihat Handbag Harga Ribuan Ringgit!
Cantik Sangat Tapi Tak Mampu Nak Beli T.T

Haaa...
Sekarang Bagaimana Ya?
Dahulukan Allah Dalam Setiap Perkara!
Moga Diri Sentiasa Terpelihara ^_^

InsyaAllah
Amin~
Moga Allah Redha Dengan Kita  ~

Amat Menyayangi Kalian KeranaNya
Mahu Beriringan Menuju SyurgaNya~