Thursday 31 March 2011

Pesanan Untuk Ku...



"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga

Wednesday 30 March 2011

KITA SEBENARNYA.

KITA SEBENARNYA..
 lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yang mengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.
(surah al-mumin)

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Cinta Dalam Diam


Mencintai Dalam Diam,Penuh Kesederhanaan,Dan Keihklasan.Memberi Tanpa Meminta Dibalas...

Ketika Cinta Ini Hadir Dengan Tiba-Tiba Hati Ini Bertanya,Mungkinkah Dengan Redhanya Atau Dengan Penuh Kemurkaan Dari Maha Pencipta.

" Dan Segala Sesuatu Kami Ciptakan Berpasang-Pasangan Supaya Kamu Mengikuti Kebesaran Allah. ( Az-Zariyat ; 49 )
"Dan Kahwinkanlah Orang-Orang Bujang (Lelaki Dan Perempuan) Dari Kalangan Kamu, Dan Orang-Orang Yang Soleh Dari Hamba-Hamba Kamu, Lelaki Dan Perempuan. Jika Mereka Miskin, Allah Akan Memberikan Kekayaan Kepada Mereka Dari Limpah Kurnianya Kerana Allah Maha Luas (Rahmatnya Dan Limpah Kurnianya), Lagi Maha Mengetahui." ( An-Nur;32)

”Dan Di Antara Tanda-Tanda Kekuasaan-Nya Ialah Dia Menciptakan Untuk Kalian Dari Anfus (Jiwa-Jiwa) Kalian Sendiri, Azwaj (Pasangan Hidup), Supaya Kalian Ber-Sakinah Kepadanya Dan Dijadikan-Nya Diantara Kalian Mawaddah Dan Rahmah. Sesungguhnya Pada Yang Demikian Itu Benar-Benar Terdapat Tanda-Tanda Bagi Kaum Yang Berfikir.” (Q.S. Ar-Ruum : 21)

Cukup Bagiku Mencintai Dalam Diam,Bukan Kerana Membencinya Tetapi Ingin Menjaga Kesucian Cinta Ini Bukan Menghindari Kebahagiaan Duniawi Tetapi Kerana Ingin Meraih Syurganya.

Cukup Mencintainya Dari Kejauhan...Kerana Hadirnya Hanya Akan Menggoyahkan Iman. Hadirnya Mungkin Saja Akan Membangkitak Hati Yang Tidur.
Cukup Mencintainya Dalam Kesederhanaan...Memupuk Cinta Hanya Akan Menambahkan Kekecewaan Dan Penderitaan.

Aku Mahu Mencintai Dengan Penuh Keikhlasan Yang Lahir Dari Hati.

Cukup Bagiku Mencintai Dalam Diam,Melihat Dari Kejauhan...

Kerana Aku Tahu Tiada Siapa Yang Tahu Rencana Tuhan.,,Mungkin Saja Cinta Ini Akan Mereput Dan Melapuk Serta Hilang Begitu Sahaja.

Kerana Hati Ini Mudah Dibolak-Balikkan Oleh Pencipta.,,Serahkan Saja Rasa Ini Kepadanya.Dia Akan Mengatur Semuanya Sehingga Saat Itu Akan Datang.

April Fool Bukan Budaya Kita"ISLAM"

Sebenarnya, April Mop Adalah Sebuah Perayaan Hari Kemenangan Atas Dibunuhnya Ribuan Umat Islam Spanyol Oleh Tentara Salib Yang Dilakukan Lewat Cara-Cara Penipuan. Sebab Itulah, Mereka Merayakan April Mop Dengan Cara Melegalkan Penipuan Dan Kebohongan Walau Dibungkus Dengan Dalih Sekadar Hiburan Atau Keisengan Belaka.

Peristiwa Ini Berlaku Semasa Penaklukan Semula Sepanyol Daripada Tentera Islam Dan Pekan Yang Terakhir Ditakluk Adalah Granada. Pada Ketika Ini Tentera Salib Telah Melakukan Penipuan Dengan Menjanjikan Kapal Pelarian Kepada Umat Islam Untuk Menarik Umat Islam Keluar Dari Tempat Persembunyian. Malangnya Apabila Mereka Keluar, Semua Rumah Mereka Dibakar Dan Kapal Yang Dijanjikan Turut Dibakar Oleh Tentera Salib.

Dengan Satu Teriakan Dari Pemimpinnya, Ribuan Tentara Salib Segera Membantai Umat Islam Spanyol Tanpa Rasa Belas Kasihan. Jerit Tangis Dan Takbir Membahana. Seluruh Muslim Spanyol Di Pelabuhan Itu Habis Dibunuh Dengan Kejam. Darah Menggenang Di Mana-Mana. Laut Yang Biru Telah Berubah Menjadi Merah Kehitam-Hitaman.

Tragedi Ini Bertepatan Dengan Tanggal 1 April. Inilah Yang Kemudian Diperingati Oleh Dunia Kristen Setiap Tanggal 1 April Sebagai April Mop (The April’s Fool Day). Pada Tanggal 1 April, Orang-Orang Diperbolehkan Menipu Dan Berbohong Kepada Orang Lain.

Bagi Umat Kristiani, April Mop Merupakan Hari Kemenangan Atas Dibunuhnya Ribuan Umat Islam Spanyol Oleh Tentara Salib Lewat Cara-Cara Penipuan. Sebab Itulah, Mereka Merayakan April Mop Dengan Cara Melegalkan Penipuan Dan Kebohongan Walau Dibungkus Dengan Dalih Sekedar Hiburan Atau Bergurau Belaka.

Bagi Umat Islam, April Mop Tentu Merupakan Tragedi Yang Sangat Menyedihkan. Hari Di Mana Ribuan Saudara-Saudaranya Se-Iman Disembelih Dan Dibantai Oleh Tentara Salib Di Granada, Spanyol. Sebab Itu, Adalah Sangat Tidak Pantas Juga Ada Orang Islam Yang Ikut-Ikutan Merayakan Tradisi Ini.

Siapapun Orang Islam Yang Turut Merayakan April Mop, Maka Ia Sesungguhnya Tengah Merayakan Ulang Tahun Pembunuhan Massal Ribuan Saudara-Saudaranya Di Granada, Spanyol, 5 Abad Silam.

Jadi, Perhatikan Sekeliling Anda, Anak Anda, Atau Anda Sendiri, Mungkin Terkena Bungkus Jahil April Mop Tanpa Kita Sadari.

Aq lemah..

Kami Sulit Menahan Pandangan Mata Kami
Ketika Melihat Kalian,
Apalagi Jika Kalian Diamanahkan Allah
Kecantikan Dan Postur Yang Ideal,
Kami Semakin Susah Untuk Menolak Agar Tidak Melihat Kalian,
Kerana Itu Lebarkanlah Serta Longgarkanlah Pakaian Kalian
Dan Tutupilah Rambut Hingga Ke Dada Kalian Dengan Kerudung Yang Membentang.

Kami Sulit Menahan Pendengaran Kami
Ketika Berbicara Dengan Kalian,
Apalagi Jika Kalian Diamanahkan Oleh Allah
Suara Yang Merdu Dengan Irama Yang Mendayu
Kerana Itu Tegaskanlah Suara Kalian
Tatkala Berbicara Di Berhadapan Dengan Kami
Dan Berbicaralah Seperlunya Sahaja.
Kami Juga Sulit Menahan
Bayangan-Bayangan Hati Kalian,
Ketika Kalian Dapat Menjadi
Tempat Untuk Dicurahkan Segala Isi Hati Kami,
Waktu Luang Kami Kadangkala Akan Sering Terisi
Oleh Bayangan-Bayangan Kalian,
Kerana Itu Janganlah Kalian Membiarkan Kami
Menjadi Curahan Hati Bagi Kalian
Kami Tahu Kami Insan Lemah
Bila Harus Berhadapan Dengan Kalian,
Kekerasan Hati Kami Dengan Mudah Bisa Luluh
Hanya Dengan Senyum Kalian,
Hati Kami Akan Bergetar
Ketika Mendengar Dan Melihat Kalian Menangis.

Sungguh ALLAH Telah Memberikan Amanah Terindah Kepada Kalian,Maka Jagalah Amanah Itu
Jangan Sampai ALLAH Murka Dan Memberikan Keputusan-Nya.

Maha Besar Dan Maha Suci Allah Yang Tahu
Akan Kelemahan Hati Kami Ini,
Hanya Dengan Ikatan Yang Suci Dan Yang Diredhai-NYA,
Kalian Akan Menjadi Halal Bagi Kami..

8P Tip Kebahagian Rumahtangga


1. P Yang Pertama Ialah ‘Puji’ Iaitu Setiap Pasangan Perlu Saling Memuji Antara Satu Sama Lain Dalam Semua Aspek Kehidupan Seperti Masakan Atau Ucapan Terima Kasih Apabila Diberi Pertolongan.
2. P Kedua Ialah ‘Peluk’ Yang Mana Pasangan Suami Isteri Hendaklah Selalu Peluk Memeluk Antara Satu Sama Lain Sekerap Mungkin Pada Setiap Hari Kerana Pelukan Itu Adalah Belaian Penuh Kasih Sayang.
3. P Ketiga Ialah ‘Penghargaan’ Di Mana Amalan Memberi Hadiah Boleh Menambah Kasih Sayang.
4. P Keempat Ialah ‘Perhatian’ Yang Mesti Diambil Berat Kerana Kekurangan Perhatian Boleh Mengakibatkan Pasangan Terasa Diabaikan.
5. P Kelima Mewakili ‘Persefahaman’ Kerana Sebagai Manusia Yang Bekerjaya Memerlukan Pasangan Lebih Bertolak Ansur Dan Memahami Kerjaya Masing-Masing.
6. P Keenam Membawa Maksud ‘Pergaulan’ Iaitu Pasangan Suami Isteri Mesti Menjaga Pergaulan Masing-Masing Dengan Orang Lain Bagi Mengelakkannya Daripada Melampaui Batas, Menimbulkan Cemburu Seterusnya Membawa Kepada Pembabitan Orang Ketiga.
7. P Ketujuh Adalah ‘Percutian’ Di Mana Seseorang Itu Perlu Merancang Percutian Berdua-Duaan Dengan Pasangannya Di Tempat Yang Jauh Daripada Kesibukan Dan Kehidupan Rutin Atau Gangguan Lain.
8. P Yang Terakhir Ialah ‘Permohonan’ Iaitu Doa Kepada Allah Supaya Merapatkan Kasih Sayang Antara Pasangan Suami Isteri Serta Dijauhi Daripada Godaan Kemewahan Dan Keseronokan Dunia.
Ust. Siti Nur Bahyah Juga Menurunkan Beberapa Amalan Doa Selepas Solat Yang Boleh Merapatkan Hubungan Dan Menimbulkan Kasih Sayang Antara Suami Isteri Iaitu Membaca Surah Al-Imran Ayat Ke-31 Atau Membacakan Ayat Ke-200 Surah Sama.
Beliau Berkata, Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Yang Sebenar Ialah Mendekatkan Diri Dengan Allah.
Katanya, Apabila Seseorang Insan Mengabaikan Tanggungjawab Terhadap Agama, Dia Akan Mengabaikan Rumah Tangga Kerana Jiwa Yang Kosong.
“Ketika Kita Jauh Daripada Allah, Iblis Yang Suka Umat Manusia Bercerai Berai Akan Menghampiri Dan Melalaikan Kita Daripada Tanggungjawab Terhadap Keluarga,” Katanya

Kebaikan Tidur!!!!

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang

Masa Ku!!!

Sabda Nabi s.a.w. memetik sabda Nabi Ibrahim a.s. maksudnya: “Sewajarnya bagi setiap orang berakal, selagi akalnya tidak hilang, ia patut membahagikan masanya kepada empat bahagian:
  • 1.) Masa untuk seseorang itu bermunanjat serta melafazkan zikirnya kepada Maha Penciptanya
  • 2.) Masa untuk seseorang itu bermuhasabah dirinya sendiri.
  • 3.) Masa untuk berfikir (tafakur) tentang kehebatan kejadian makhluk Allah
  • 4.) Masa untuk seseorang memberikan tumpuannya pada kerja sehariannya bagi memenuhi keperluan hidupnya dan bagi orang-orang yang di bawah tanggungannya.”

Masa!!!

Masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia  memanfaatkannya. Bahkan masa berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup. Mungkin ada masa-masanya hidup kita diselubungi kesedihan dan kekecewaan hinggakan kita merasakan jarum jam terhenti seketika atau menginsut begitu perlahan. Namun semua itu hanyalah perasaan kita sebagaimana kita merasakan masa berlalu begitu pantas diwaktu kegembiraan mewarnai hari-hari yang kita tempuhi.
Melupakan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang selalu menyesal dengan diri kita. Kita sering menoleh kebelakang dengan penuh penyesalan hingga kita melupakan kedatangan ESOK serta mensia-siakan segala peluang dan kesempatan yang masih kita miliki HARI INI.


Ya, kita perlu menyesali dosa-dosa kita tetapi bukan mensia-siakan saki baki umur yang masih kita miliki. Sedarlah…setiap kali kita menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan maka syaithan akan bisikkan keraguan dan keresahan hingga kita berputus asa. Berputus asa dengan rahmat Allah dan berputus asa dengan kebaikan hingga kita terus menerus melayan perasaan kita hingga masa-masa yang masih kita miliki kehilangan harganya. Kita menangisi kelemahan diri tanpa kita bangun memperbaiki diri, kita menyesali hari semalam hingga kita mengabaikan hari ini yang masih kita miliki dan mensia-siakan esok yang sedang menanti.
Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat lari dari dosa dan kesalahan. Yang menjadikan kita hina bukan berapa banyak dosa yang telah kita lakukan tetapi hina kita adalah kerana keengganan kita untuk keluar dari lembah dosa tersebut.
Dalam satu hadith Qudsi, Allah SWT berfirman: “Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua adalah orang melakukan kesalahan malam dan siang dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, maka minta ampun kepada ku maka aku akan ampunkan dosa ku…” (rujuk hadith 40 Imam Nawawi).


Dalam satu hadith Qudsi yang lain pula, Allah SWT berfirman : “Asalkan kita menadah tangan berdoa kepada Allah, maka Allah berkata; Aku tidak peduli” (Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi). Bukan Allah tidak pedulikan doa-doa kita tetapi Allah tidak pedulikan sebanyak manapun dosa kita, maka Allah akan ampunkan dosa-dosa kita, biarlah dosa kita memenuhi langit dan bumi maka Allah akan datang dengan pengampunan seluas langit dan bumi.
Ya, kita orang yang sering melakukan dosa, sering lalai dan alpa bahkan sering mengulangi dosa-dosa yang sama. Ya, kita serba hina dan sarat dengan kelemahan diri serta kerap kita lupa diri. Kita perlu menangisi segalanya tetapi tangisan kita tidak menjadikan kita putus asa dan kehilangan diri. Kita perlu bangun dan lakukan pembaikan diri dengan penuh keazaman dan harapan. Lidah dan hati kita tidak jemu berzikir dan memohon keampunan kepada Allah disamping menaksir diri dan merungkai kejahilan yang membelit diri serta berusaha untuk keluar dari kelemahan dan kelalaian.


Ya, masa begitu pantas berlalu tetapi bukan untuk ditangisi pemergiannya dan bukan juga untuk disia-siakan kehadirannya tetapi untuk dimanfaatkan termampu mungkin agar kita sentiasa dipandang Allah SWT sebagai hambaNya; HambaNya yang sentiasa merasa kerendahan diri, menyesali dosa-dosa tetapi tidak pernah putus asa dari rahmatNya. Inilah jalan yang akan mendekatkan kita kepada Allah; Jalan yang akan mendekatkan kita pada rahmat dan pengampunanNya.


Ya, kita orang banyak melakukan dosa tetapi kita meyakini pengampunanNya jauh lebih banyak dari semua dosa-dosa kita. Bangkitlah dengan penuh keazaman untuk kita manfaatkan masa-masa yang masih kita miliki.
‎"aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas matiku..kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang..semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri..aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka..jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."

Terima kasih sahabat




La Tahzan....Percayalah...

Dalam Hidup Ni Adakalanya Kita Terasa Terpinggir & Disisihkan...Tapi Sebenarnya Tidak.Kita Tidak Pernah Pun Dipinggirkan Dalam Hidup Ini....


Percayalah,                         

Saban Waktu Pasti Ada Seseorang Mengingati Anda Sebelum Dia Tidur...Tak Siapa Yang Tahu,Boleh Jadi Dia Tu Orang Yang Anda Sayang....Tapi Mungkin Juga Orang Yang Anda Tak Pernah Kenal Tapi Dia Kenal Anda... 

Kalau Anda Rasa Dipinggirkan....

Percayalah,

Sekurang-Kurangnya Ada Seseorang Di Dunia Ini Yang Tetap Menyayangi Anda & Sanggup Mati Kerana Anda Walaupun Ketika Ini Anda Merasakan Tiada Sesiapa Lagi Bersama Anda. 

Percayalah,

Apabila Seseorang Itu Ada Asas Agama Yang Kukuh,Hidupnya Akan Selamat Dan Berjaya Walau Di Mana Saja Ia Berada...Walau Di Mana Saja Ia Berada,Pasti Dia Akan Dihormati Kerana Kemuliaan Peribadinya.Makin Tinggi Seseorang Tu Dalam Ilmu Agama,Makin Indah Peribadi & Akhlaknya.

Percayalah,

Hidup Ini Bermakna Apabila Ada Kasih Sayang Dan Kebahagiaan.Kebahagiaan Tu Ada Dalam Diri Anda Sendiri....Anda Mesti Boleh Dapatkannya Kerana Kebahagiaan Tu Sudah Ada Dlm Diri Anda,Cuma Anda Perlu Menerokainya. 

Percayalah,

Sewaktu Anda Sakit,Pasti Akan Ada Seseorang Mendo'akan Anda Supaya Anda Cepat Sembuh Walaupun Anda Tidak Tahu Siapa Orang Tu Dan Walaupun Do'a Itu Disampaikan Dari Jauh.....Sewaktu Anda Bersedih,Pasti Akan Ada Orang Yang Mengharapkan Anda Kembali Ceria Seperti Dahulu.......Walaupun Anda Langsung Tak Menyedarinya... 

Percayalah,

Ada 3 Golongan Yang Dibenci Allah:
1.Apabila Ada Ilmu,Ia Sombong Dengan Ilmunya
2.Apabila Ada Ulama',Ia Tidak Memuliakannya
3.Apabila Ada Kawan Yang Baik,Ditinggalkannya Lalu Dipilihnya Kawan Yang Buruk Akhlaknya.

Percayalah,

Ada 3 Tanda Iman Seseorang Tu Bercahaya:
1.Tidak Takut Celaan Orang Ketika Berdakwah & Melakukan Kebajikan
2.Tidak Lalai Beribadat Kepadanya Walaupun Dalam Senang Atau Susah
3.Antara Dunia Dan Akhirat,Lebih Dipilihnya Akhirat

Percayalah,

Antara Orang Yang Dicintai Allah Dan Tidak Dicintai Allah,Ada Bezanya....Allah Akan Memberi Dunia & Kesempurnaan Iman Utk Hambanya Yg DIA Cinta Agar Tidak Lalai....Tetapi Allah Hanya Memberi Dunia & Tidak Memberi Kesempurnaan Iman Kepada Hambanya Yang Tidak Dicintainya..


Percayalah,

Anda Tidak Pernah Dipinggirkan.....Cuba Lihat Bintang Di Langit Waktu Malam
.....Anda Pasti Merasainya.....Cuba Lihat Matahari Terbenam Di Waktu Senja....Anda Pasti Merasainya...Kadang-Kadang Kita Perlu Bersendirian..Untuk Mencari Ketenangan Dan Memuhasabahkan Diri Bagi Meneruskan Perjuangan Kita Sebagai Hambanya...